Wednesday, February 23, 2011

dah lama dah..

fulamak lama betul aku tak menulis di blog..semalam aku mgajar budak2 5 katering I menghias kek. puas hati bila farah, farahi, haziq, dan mastura boleh buat bunga ros dengan baik..lebih cantik dari aku pulak tu..alhamdulillah. pgajaran aku hari ini mencapai objektifnya. tp ada 11 orang lg yg tak berjaya buat bunga ros yg mcm aku harapkan..yg tu aku terpaksa minta dorg berlatih sendiri kat rumah.
Hari ni aku fikir nak letak kat blog ni cara2 buat bunga ros guna butter cream. tp kamera buat spoil pulak..hari lainlah..klu ada ruang dan peluang aku buat blog tentang ros dari buttercream..

Sunday, September 13, 2009

Gosok jangan tak gosok








Rajinnya Zhafri mencuci kereta ayah.. tengok tu, seronok betul dia main sabun sambil gosok kereta ayah dengan span. Budak-budak memang gemar main air.. lepas siap cuci kereta, Zhafri mandi-manda dan menggelungsur atas lantai. Tak kuasa nak halang. Bila dah puas kan dia berhenti...Sebagai upah, ibu belanja Afi makan Big Mac Mc Donald's. Ibu belanja, Cik Ain yang bayar. hehe.. Esok pagi hidung Afi meleleh je..ni mesti sebab sejuk mandi malam-malam sampai selesema..

Saturday, September 12, 2009

Pecah rekod

Terasa sekejap benar Ramadan berlalu. Diam tak diam dah tinggal seminggu je berpuasa.. Pada tahun ni aku berjaya buat biskut sendiri. Biskut Arab, Samperit, Cornflakes Madu. Tak sangka pula aku dapat pecah rekod buat biskut raya. Selama ni aku tak pernah sediakan biskut raya di rumah. Beli pun tak.. sebabnya sejak berkahwin pada 2006 memang tak pernah ada murid/kawan-kawan aku beraya ke rumah. Kecuali pada tahun lepas je aku buat open house untuk budak2 MPV. Itu pun sehari. Hari lain memang aku tutup pintu rapat-rapat...hahaha.. kejam tak?

Sunday, September 6, 2009


Kari ayam dah beli, sambal ikan bilis dah beli, kari kambing pun ada, dadih dengan susu sejat pun ada. Apa lagi ea? hm.. lama juga aku fikirkan apa lagi makanan berkaleng yang sesuai di pos ke Netherland. Negara empat musim yang sedikit berawan sekarang ni dengan suhu 17C menjadi tempat mastautin suamiku untuk dua bulan. Kesian dia hari-hari sahur makan maggi. Kalau tak maggi pun makan kebab. tapi sedap woo kebab 5euro = Rm 25. Kebab mahal mestilah sedap, ye tak?..Lalu sempena bulan Syawal yang bakal tiba ni aku teringin mengepos sesuatu untuk suamiku. Sekurang-kurangnya dia tahu kami dua beranak di Seremban sentiasa mengingatinya..

Friday, August 28, 2009

seringgit

"Kenapa awak tak nak fax sendiri?, kenapa nak suruh Kak Nona pula?"

"Ala lecehlah nak keluar..lagipun kat taman ni mana ada kedai yang buat perkhidmatan fax.."

"Tolonglah, urgent ni.."

huh! itulah, pandai sangat mengata orang lain tak pandai uruskan masa. Sekarang dah kena batang hidung sendiri..

Dengan perasaan yang tak berapa ikhlas aku pun tukarkan baju Zhafri, bubuh bedak sikit kat pipi dia, pakaikan topi dan bawa dia ke deretan kedai Tmn Tuanku Jaafar.

"Sini! sini!" jerit Zhafri. "Kiri la" jawabku. "Tu! tu!" katanya sambil menunjukkan sticker kartun yang bergantungan di kedai ala ala Ten Ten. Tanpa menghiraukan ibunya dia terus berlari dan
meluru mendapatkan sticker ultraman. Ultraman lagi..

"Seringgit" kata penjaga cyber cafe yang fax passport antarabangsa suamiku. seringgit je rupanya. Ingatkan mahal sangat..

Akhirnya berjaya juga aku menjalankan tugasan berat tersebut..hehe

moral: lain kali kalau suami suruh, buat je terus. jangan banyak soal..lagipun bulan puasa macam ni pahala berlipat kali ganda..


Thursday, August 13, 2009

Seram-seram suram

Hujan renyai-renyai turun lewat dinihari. sampai je di rumah, aku terus capai berus gigi, ubat gigi, pinggan dan cawan plastik. Sepantas kilat aku masukkan dalam beg balik kampung. "Alamak, tinggal 2 jam je lagi". Bisik hati kecilku. Sempat ke nak berkemas, masak dan mandi? Nasib baiklah aku dah sediakan senarai barang2 yang nak dibawa. Senang sikit nak uruskan.. Harap-harap takde barang yang tertinggal.
Akhirnya jam 2 ptg aku selesai masak nasi putih, sardin dan cempedak goreng. Barang-barang pun semuanya dah sedia dalam beg. Cuma aku je yang belum mandi dan sembahyang. Hehe.. Berlari-lari anak pula ke bilik air. Sebelum sembahyang suami aku yang baru balik dari sembahyang Jumaat menjenguk aku di bilik sembahyang. "Jangan kalut2 sembahyang. Bas belum jalan punyalah..janji je pukul 2.30. Diorang takkan tinggal cikgu.." kata suamiku mententeramkan keadaan. "Mana sempat, nak singgah kedai kereta, jammed orang balik sembahyang lagi.." jawabku risau.
Kemudian jam 2.20 barulah aku meninggalkan rumah. Sepanjang perjalanan suamiku tak henti2 mengingatkan bahaya H1N1. Almaklum pelajar dia positif H1N1 selepas balik dari perkhemahan di Melaka. Dia hairan macam mana PPD boleh luluskan perkhemahan sewaktu wabak H1N1 semakin mengganas..lebih baik duduk di rumah daripada berkhemah dan menempah H1N1. Aku tak banyak bercakap. Kita dah salah, siapa suruh setuju bila diminta join camping? takkan last minute baru nak tarik diri? Orang lain pandai pula pilih aku sebab boleh pinjam periuk, pinjam kain buruk, suh aku masak..ada udang di sebalik batu rupanya diorang ni.. Tapi aku fikir positif. Niat kerana Allah, apa kerja pun boleh jadi ibadah, dapat pahala..
Sampai di tapak perkhemahan, aku terus masuk chalet. Wah, selesanya..camping macam ni yang seronok. Tak perlu berpanas duduk dalam khemah, tak perlu sakit badan tidur beralas tanah. cikgu duduk chalet, budak2 duduk dalam khemah. Hahaha..
Aktiviti paling seronok sepanjang perkhemahan ialah Burung Hantu. Budak2 ni ditinggalkan sorang2 dalam kebun getah. Ada yang diganggu dengan lembaga putih, rambut melepasi lutut. Seram..

Sunday, August 9, 2009


"assalamu alaikum, saya nak buat repot"

"repot berkenaan apa tu cik?"


aku pun mula la buka cerita bagaimana kamera digital bengkel aku hilang. kemudian pegawai yang ambil keterangan tu caj RM2 utk repot yang aku buat. "Nanti Sarjan Zakaria akan dtg ke sekolah untuk ambil keterangan. Cik nanti kena cerita semula apa yang cik dah bagitahu kami tadi.". "Ok". Jawabku ringkas.

Hatiku berbelah bahagi bila keluar dari Balai Polis Paroi. Rasa bersalah sebab terpaksa tuduh 2 orang pelajar atas kesalahan mencuri. Rasa risau sebab kata pegawai polis tu "cikgu kena ganti barang yang hilang". Rasa lega sebab tanggungjawab aku pada harta modal dah aku sempurnakan. Rasa letih sebab banyak pula benda nak diuruskan. Ingatkan nak balik awal. Nampaknya aku balik pukul 6ptg lagi.. Dah seminggu macam ni..

Tunggu punya tunggu akhirnya kul 5.15ptg sampailah sarjan yang dimaksudkan. Ingatkan semua polis ni garang. Rupanya sarjan ni baik. Muka pun tak bengis..dari air muka dia aku rasa umurnya 45+

Pagi esok datang 3 pegawai polis lain ke bengkel aku. Sebelum datang diorang dah bagitahu tujuannya nak bawa tertuduh ke balai. Tetiba aku rasa kesian kat budak yang mencuri tu... Kemudian Cyril (bukan nama sebenar) pun kena cekup pergi balai. Kayup (bukan nama sebenar) tak datang sekolah. Terpaksalah abang2 polis tu pergi rumah Kayup.


"Puan, kami dah dapat barang tu" berita gembira tu diterima jam 2.30ptg. Cepat betul polis ni buat kerja. Tak sampai 24 jam dari waktu aku buat repot, barang curi tu diorang dah dapat. Alhamdulillah..


Sekarang pencuri2 tu masih duduk dalam lokap. Aku rasa SPM nanti diorang jawab dalam lokap..apa2 pun diharap Cyril dan Kayup dapat belajar sesuatu daripada peristiwa ini.