Sunday, November 16, 2014

teringin pulak rasanya...

siapa pernah order barang online? ada rasa curiga kemungkinan ditipu penjual barang? apa rasa bila abang posmen htr barang yang di tunggu2? mesti ada rasa lega, teruja, gembira dan yang paling penting rasa bersyukur peniaga tu jujur.

rasa teruja tu yang sebenarnya buat orang suka membeli belah online. setiap hari tertunggu2 bilalah abang posmen tu nak htr barang. tak sabar rasanya nak cuba barang tu. tak kiralah baju, kasut, handphone, produk makanan dan sebagainya..tu pasal ada orang ketagih beli barang online..

didorong rasa tu la aku nak try jual barang online. dah nampak 1 produk bagus utk diketengahkan. tapi perlukan R&D dan nasihat dari yang pakar..berangan nak jadi macam pengusaha kicap cap kipas udang, bermula dari rumah, masak kicap dalam kawah, berkat bimbingan MARDI kini dah ada kilang besar. Biarpun label kicap tu tak cantik, cuma ada 1 warna je, harga agak mahal berbanding jenama lain, tapi dek kerana kualitinya, ramai yang menjadi peminat tegar. pernah sekali sekala cuba jenama lain tapi tetap cap kipas udang number one! teringin pulak rasanya nak try bisnes online..