Monday, January 7, 2013

tahun 2013 dimulakan dengan pengalaman pahit yang tak dapat kulupakan, sama mcm pgalaman buat cokodok pisang dgn mak mertua.har har..haru..

Ahad 7 Jan 2013 mmg tak dapat aku lupakan..
kisahnya bermula apabila kami didatangi oleh seorang pengamal perubatan islam yang suami aku jemput untuk mengubati anak perempuan kami yang hari2 menangis malam. Bukan menangis biasa2, Menangis yang meneran, menjerit sampai nak putus nafas..Dek kesian, suami pun carilah pakcik yang boleh mengubati masalah baby ni. Pukul 8.00malam dia sampai rumah kami. Aku diminta duduk berlunjur di atas sejadah yang dihadapkan ke kiblat sambil memeluk baby yang genap 44 hari,hari ni.
"awak ada rasa sakit bahu dan sakit belakang?"
"ada".
"ada mimpi ular?"
"ada. tapi dah lama sangat la.." (pagi baca surat khabar cerita ttg ular,jd tidur malam termimpi ular).
"ada sihirlah tu"...kata pakcik tu. aku diam.
sesi dimulakan dengan bacaan ayat2 alquran sambil air dispraykan pada ubun2 baby, kanan, kiri aku dan buaian baby. Baby menangis menjerit2 lebih kurang 10minit kemudian senyap dan tidur.
"masukkan anak dalam buai", kata pakcik...suami aku pun ambil anak dari pelukan aku dan letak baby dalam buai.
"sekarang kena ubatkan ibunya. selalunya kalau anak menangis, ibunya yang bermasalah. baby xd apa2".
Dalam hati kata aku ke penyebabnya?
kuku kaki telunjuk kanan aku ditekan. Automatik aku beri respon dengan gerak badan yang menunjukkan aku sakit. Ayat suci alQuran dibaca lagi..kemudian
"assalamualaikum". pakcik tu menyapa aku dengan kasarnya di telingan kanan. Aku diam.
Dalam hati kata "ni nak aku jawab ke jin yg jawab? diam je la sbb mungkin pakcik tu bukan beri salam pd aku tp pd jin dlm badan aku..".
ayat dibaca lagi tanpa putus2.
"assalamualaikum". lebih kasar dan kuat suara pakcik tu berdesing kat telinga aku.
aku diam lagi. Ayat dibaca lagi..
"assalamualaikun". sekali lagi aku dijerkah."jawab!" marah pakcik tu.
dalam hati kata nak jawab ke tak ni? diam lagilah..jin tu belum keluar kut..
dekat sepuluh kali telinga aku berdesing dengan salam pakcik tu. aku tetap berkeras tak nak jawab sebab konfius salam tu ditujukan utk aku atau jin.
Pakcik tu tekan pulak kedua2 jari telunjuk kaki kanan dan kiri aku. sakit!
"assalamualaikum. jawab!"
"wa'alaikum salam". dek kerana sakit kena tekan jari dan kuku kaki terpaksalah aku jawab. jawab jelah, kalau tak mungkin lagi sakit aku kena..
"siapa kau?".
"norzaharah".
"kenapa kau duduk dalam badan wanita ini?"
??? apa aku nak jawab? mana la aku tahu..aku diam.
"jawab!"
"ntah". (apa lagi aku nak cakap sebab memang aku sedar dan masih waras).
aku diazankan dengan kuatnya di telinga kanan. Berdesing. bila aku menjauhkan diri dari pakcik tu dia lagi kuat azan kat telinga aku. aduiyai..mengerekot aku tak tahan bising macam nak pecah gegendang telinga.
aku terus dikasari dengan ditepuk belakang badan (tepuk ok lagi), dicekik dengan limau nipis, ditumbuk perut, ditekan batang hidung, tekan kuku kaki, tekan kuku tangan, picit sana, picit sini, disembelih..semua ada.
"turun cepat! turun laju2!" jerit pakcik tu sambil melibas kaki aku dengan sejadah.
"angkat kaki kiri".
aku pun angkat.
"angkat tinggi2"
aku pun angkat lagi tinggi.
penat angkat aku pun turunkan kaki.
"jangan turun, angkat lagi!" jerit pakcik tu.
aku pun angkat semula. penat kaki kiri aku tukar kaki kanan. bila pakcik tu nmpk aku tukar kaki dia suruh angkat tangan sekali. dua2 tgn aku angkat.
pakcik tu azan lagi 3,4 kali sambil mendera aku sana sini.
kaki dan tangan aku turunkan sebab dah penat..
aku menangis sebab sakit kena dera sedangkan jin yang ditunggu2 tak kunjung tiba.
sekarang aku nekad ikut je cakap pakcik tu sebab dah tak tahan sakit. aku masih sedar dan masih waras..
masih menangis lagi dalam keadaan berbaring atas sejadah. mata aku pejam.sakit dan sedih diperlakukan sebegitu...ya, aku nak ikut je kata pakcik ni utk tamatkan penyeksaan..
"assalamualaikum"
"wa alaikum salam"
"siapa kau?"
"norzaharah"
"mana kau tinggal?"
"rumah"
"rumah mana?"
"taman tuanku jaafar, seremban".
"kau nak keluar tak dari badan perempuan ini?"
"nak"
"nak keluar ikut mana?"
(ikut mana? apa maksud pakcik ni? apa pilihan yang ada? agaknya ikut kaki kut sebab dia asyik tekan kuku kaki aku aje)
"kaki"
"kau janji kau tak masuk lagi dalam badan wanita ini?"
"janji"
"boleh kau janji?"
"boleh"
masa sesi soal jawab ni berlangsung kaki aku kerap kali jadi mangsa..
pakcik ni pun berkali kali 'scan' aku dengan cara melalukan sejadah dari kepala hingga kaki dengan tujuan 'jin' tu keluar ikut kaki sepertimana yang dipersetujui. (aku la jin tu).
lalukan lagi sejadah dari kepala sampai kaki.
tekan kuku kaki kanan aku. sakit!
lalukan lagi sejadah. tekan lagi kuku kaki. sakit!
lalukan lagi sejadah..tekan lagi..sakit.
"ada satu lagi tak nak keluar".kata pakcik tu. padahal aku sakit sebab dari awal dia tekan kuku kaki yg sama. hampir 30 kali kena tekan memang la sakit..bila pakcik tu tekan kuku kaki lain memang tak sakit sebab kuku kaki tu baru sekali dua je dia tekan. kuku kaki jari telunjuk kanan memang sejak pukul 8 tadi dia tekan. kena tekan berkali2 sampai pukul 9.15mlm org gila pun tahu rasa sakit..
"tuan tarik tuan". minta pakcik tu pada suami aku. pakcik tu dah penat membongkok lalukan sejadah dari kepala sampai kaki. jin xnak keluar juga..hehe
last2 aku set kat kepala kalau aku bagi reaksi sakit sampai bila2 pun pakcik ni tak berhenti tekan kuku aku.jadi aku mentally prepared, aku kontrol muka bila dia tekan kuku aku pura2 tak sakit. padahal sakitnya cuma Allah yang tahu.
"ha..dah keluar" kata pakcik tu.
lega pakcik tu...lega lagi aku dah tak kena dera.
esoknya suami aku jumpa pakcik tu ucap terima kasih sambil hulurkan sedikit saguhati. Suami aku cerita pakcik tu kata aku tak sedar masa berubat tu. bukan sihir je yg ada, jin dan saka pun banyak dalam badan aku. (terpulang la pada pakcik nak kata apa..serik dah nak berubat dgn dia lagi).
rasa tertipu sebab dia kata jin dah keluar tp mana jin tu aku pun tak tahu..
moral: Apabila berubat, berkomunikasilah dengan pengamal perubatan tu. kalau sedar, beritahu dia yang kita masih sedar dan waras supaya kita tidak berterusan diseksa..