Saturday, July 25, 2009

alahai anakku..











kesiannya syazwan zhafri kena potong rambut. Dari kecil sampai sekarang tak pernah berani nak potong rambut.. mula2 memang gembira sebab dapat berendam dalam spa. Bila ayahnya keluarkan mesin potong rambut bermulalah adegan yang tak ingin dilihat..

Makan semut

"Akai tak dak!" sambil menyapu sisa jajan yang bertaburan di atas lantai..

"Marah betul pak cik ni nampaknya", kataku dalam hati. Kalau aku jadi pakcik ni, lagi kesat kata-kata yang aku akan keluarkan. Tapi sebenarnya isu yang menjadi kemarahan tidak sebesar mana. Setakat nampak anak bujang kesayangannya menatang jajan di tangan yang penuh dengan semut, di mulutnya pula ada beberapa ekor semut tanpa mengetahui konfem ke kanak-kanak tu dah tertelan semut? Marahkan anak yang baru berumur 2 tahun setengah memang tak logik. Jadi 'akai tak dak' yang dilemparkan tu ditujukan khas buat ibu kanak-kanak tu. Aku la tu. Hampeh!

Ah, dia yang baru balik dari Seremban tiba-tiba masuk ke rumah, tak tahu hujung pangkal cerita terus buat aku naik darah. Sabar, sabar...Rasul pernah bersabda (lebih kurang maksudnya) "kalaulah ada manusia yang boleh menyembah manusia, akan ku minta isteri menyembah suami" begitulah agungnya seorang suami.

Berbalik cerita tadi, sebenarnya aku tengah surfing http://www.dcckmona.com/friends/news.php ruangan pojok 'di celah-celah kehidupan (DCCK)' dalam bentuk blog. Aku memang peminat setia ruangan pojok DCCK tu. Jadi mata aku memang tak lekang tengok setiap baris yang dibaca. Bila anak aku dengar bunyi motor ayahnya, dia pun meluru ke pintu. Kemudian "cemut, cemut!" kata Syazwan. Aku yang surfing dalam bilik tadi buat tak tahu je..ingatkan Syazwan nampak semut. Apalah, nampak semut pun jakun.. Tiba-tida terdengar orang buka pintu bilik dengan kasar. Terus aku kena marah biarkan anak makan semut..hehe..

Friday, July 17, 2009

kursus menghias kek 13-17 Jul 2009



hah lawa tak kek yang aku hias? gambar Bard Simpson tu aku yang lukis tau. Jgn tak caya..Seronok tul berkursus buat kek dan hiasan kat Kolej Komuniti Selayang. Dah la dapat banyak goody bag, dpt baju, apron...duduk kat Crystal Crown Hotel pun best. Semua pekerja dia suka membantu. Yang syoknya berkotak-kotak kek aku bawa balik. Pastu kasi orang-orang yg aku sayang. Korang yg tak dapat kek tu bukan aku tak sayang, cuma kureng sayang..hehe..Balik sekolah ni aku nak ajar budak2 menghias kek dgn lebih baik. Aku nak diorang hasilkan kek yang lebih halus dan berseni, lebih cantik dari aku. Itulah kebahagiaan seorang guru katering dan penyajian..

Saturday, July 11, 2009

Bodybuilding

Alamak tak mengantuklah..Itulah, terlebih tido petang semalam tu yang mata takleh lelap..Hm..minggu depan aku takde sepanjang minggu. Ada kursus buat kek kat Kolej Komuniti Selayang. Tapi aku tak bagitahu bebudak ni pun. Nanti ada yang pakat beramai2 tak nak datang sekolah. Jadi aku pun tinggalkan kerja untuk diorang buat. Skrg masa untuk baca blog orang. Ada satu blog yang menarik perhatian aku. http://gallyot.blogspot.com/2005_08_01_archive.html punca aku baca blog ni sebab ada ahli dalam forum yang aku buka tu sebut kebanyakan body builder (singkatannya bb) menggulung tisu atau stokin untuk di letak di 'anu' untuk kelihatan besar. Hahaha gelak besar aku sorang2 malam tadi. Jadi aku pun kli lah link di atas tu. Kenal tak yang gambar lelaki baju putih tu? Itulah Mr. Asia. Aku pun mulanya tak tahu. Tapi bila baca blog tu barulah kenal.. Yang sebelah kiri dia tu dulunya kurus macam amirul 4H. Skrg punyalah besar..

Friday, July 3, 2009

Pilih antara dua, nak dikorbankan atau berkorban?


Tak sangka perbualan kosong aku dengan jiran sebelah membuatkan aku berfikir panjang. Kata-katanya penuh semangat dan sarat dengan nasihat. Pada mulanya dia sengaja bertanya berapa lama tempoh berkahwin baru dikurniakan anak. Aku pun mulalah bercerita sejarah perkahwinan aku yang baru masuk 2 tahun setengah..


Dalam pada aku bercerita dia bingkas bangun dan mengambil sudu, garfu, piring, mangkuk dan cawan..lalu dipotongkan kek dan disuakan pada aku. "Terima kasih" ucapku ringkas. Terkejut bercampur segan pun ada bila dilayan sebegitu. Ye lah, sebelum ni aku cuma bertegur sapa bila berselisih je. Tak sangka pula bila pertama kali bertandang ke pendidikan khas, dia begitu ramah dan melayan aku betul2 macam tetamu di rumahnya sendiri.


Hati berbisik "agaknya macam ni dia melayan suami". Mesti sejuk hati suami diperlakukan sebegitu..Tambahan pula bila lihat wajahnya yang ayu, walaupun tak bermekap cukup dengan secalit gincu sudah memadai untuk menyerlahkan kecantikannya yang asli. takde sekelumit perasaan negatif pun yang dapat dilihat dari air mukanya.


"Kata orang tua-tua perempuan ni senang nak masuk syurga. Yang penting kita utamakan suami dalam apa2 hal pun. Ingat, syurga di bawah tapak kaki suami". Nasihatnya bagaikan seorang penceramah bebas, lengkap dengan air muka dan gerak tangan seolah memberi amaran. Tang tu aku setuju. Tapi bila dia kata kerjaya adalah perkara nombor dua, nombor satu adalah keluarga hah tang tu aku tak setuju lalu berlakulah sedikit perbahasan. Sebab aku dah pernah rasa betapa susahnya nak cari kerja..cuma tak susah nak cari suami.hehe


Seorang kakak senior menambah, you all ni kira baru lagi di alam rumahtangga. Akak dah 20 tahun berumahtangga, lepas 10 tahun baru faham sikap suami sebenarnya. Pada suami, perasaan kita, hati kita, cerita kita, sedih kita, gembira kita langsung takde apa2 erti bagi dia. Memang takde tempat nak mengadu. Menangislah kau sorang2.


Yang penting bagi dia ialah cerita dia, kegemaran dia, hal dia, semua yang menggembirakan hati dia..Balik kerja rumah mesti bersih, makanan mesti terhidang atas meja, anak2 mesti dah terurus. Dia peduli apa kita penat ke, sakit ke, sedih ke..yang penting balik rumah dia nak ketenangan. Pulak dah.. Kaum isteri pun terpaksalah jadi pelakon. Depan suami mesti bermuka manis, mesti berhias, meski hati di dalam hanya tuhan saja yang tahu..


"Habis tu, kalau dia tak nak dengar cerita kita, apa yang nak diborakkan?"aku bertanya. "Kita tanya tentang benda2 yang dia nak dengar je. Cerita tentang diri dia, minat dia, kegemaran dia".


Lagi satu, kakak senior menambah, emak dia berpesan, perempuan ni kalau tak nak dikorbankan, mestilah sanggup berkorban. Korbankanlah keegoan kita, kebahagiaan kita, segala kepentingan kita dan abdikan diri sepenuhnya kepada suami..Itu yang aku fikirkan hingga kini.


Thursday, July 2, 2009

kawan baik (baik ke?)

Minggu ni minggu yang paling busy..banyak perkara nak setel. Minggu depan lagi busy. Minggu selepas minggu depan pun busy jugak..Pendek kata setiap minggu aku busy. Kertas peksa lum siap tanda, nak fikir jualan hari koperasi pulak, nak redo amali pentaksiran, order amali bebudak, reso borang2 prosedur kerja..argh...inilah cabaran jadi cikgu. Tu la dulu nak jadi cikgu sangat. Kalau kerja ofis kan seronok..jadi proof reader kat Yamagata tu takde siapa nak ganggu...Beban kerja pun tak banyak..hmm what is done can't be undone..On the way balik rumah tadi Fly FM buka topik 'pasangan anda adalah kawan baik anda'..ramai pendengar yang tak setuju. Aku pun tak setuju sebab pd pendapat aku kita masih perlu berahsia kepada pasangan terutamanya jika sesuatu perkara itu boleh mengganggu gugat perhubungan.. Lagipun husband aku guna polisi yang sama..So, fair and square...aku rasa kawan baik aku ialah diary sebab pada dia sorang je aku takde rahsia apa2 pun.tapi korang takleh baca diary tu. aku guna kod rahsia, bukan huruf abc atau alif ba ta..hahaha