Friday, June 26, 2009

Jom Pizza!


Hai semua..dah seminggu kita tak bersua di ruangan siber. Hari ni chef zara dengan bangganya menggelar diri sendiri chef akan berkongsi resepi pizza daging gerenti jadik...kalau tak jadi pizza tu, try lagi sekali ikut kaedah yang sama. Mesti jadi punyalah..
Pizza ni sesuai untuk supper, dimakan dgn Air Milo..selamat mencuba

Pizza Daging

PENCAPAIAN STANDARD
Menghasilkan roti pizza yang lembut dan gebu, inti lembap, hiasan di permukaannya tersusun kemas dan berperisa.

Bahan :
250 gm tepung berprotein tinggi + ½ camt garam halus diayak bersama.
6 gm yis segera
125 ml air
20 gm majerin
1 camt gula
20 gm keju mozarella (diparut)

Inti
100 gm daging cincang
2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
5 camt minyak
½ kiub perasa daging
½ cawan air
2 biji tomato (concassee)
½ camt oregano
Hiasan:
1 biji kapsikum
5 biji cendawan butang
1 biji cili merah (dihiris memanjang)

Alatan: Mangkuk, pengadun kek, landas cincang, pisau, penorak, dulang pizza dan kain maslin.

Menyedia dan memasak
1. Gaul tepung bersama yis dalam mangkuk adunan. Larutkan garam dan gula ke dalam air.
2. Masukkan larutan garam dan gula ke dalam campuran tepung dan yis. Uli hingga tidak melekat pada tangan dan tepi mangkuk adunan.
3. Tutup adunan dengan kain maslin. Biarkan adunan mengembang dua kali ganda daripada saiz asal.
4. Torak doh mengikut saiz dulang pizza setebal 1½ cm. Masukkan doh ke dalam dulang yang sudah digris. Tutup dengan kain maslin lembap dan biarkan doh mengembang dua kali ganda.
5. Panaskan minyak dan tumis bawang putih. Masukkan tomato, air dan kiub perasa daging. Masukkan oregano. Biarkan mendidih. Tutup api dan sejukkan. Campuran ini dipanggil sos pizza.
6. Goreng daging cincang dengan sedikit minyak hingga masak dan sejukkan.
7. Sapu minyak dan sos pizza di atas doh. Ratakan daging di atas doh. Susun kemas bahan hiasan dan keju parut diatas daging.
8. Bakar dalam ketuhar bersuhu 220C atau gas regulo no. 7 hingga doh perang dan keju cair. Angkat dan potong pizza.

Menghias dan menghidang: Hidang pizza dalam pinggan

Mengepek: Pek pizza dalam bekas yang sesuai.

Monday, June 22, 2009

gym oh gym..

Pernah tak kita rasa seronok bila orang puji kita kekal menawan, dari dulu sampai sekarang tak berubah..terutamanya tang berat badan?

Rasanya semua orang risau kalau ada yang komen kata badan dah gemuk. Baik lelaki, baik perempuan, semua sama...

masalahnya sekarang, aku dah terasa gemuk dah..
arrrrgh...nak pergi gym...
petang ni nak pergi senawang lah. kat situ ada gym..tapi takde geng la..ada sesiapa nak teman?

Tuesday, June 16, 2009

pepagi buta yang hampeh..


Ada ke pulak pagi2 buta dalam kul 4.30 pg ada mamat somalia telefon aku. Bengang tul..Ntah siapa yang dia cari ntah..dapat no telefon dari siapa pun aku tak tahu..Dah la buka2 mata nak kena speaking, pastu aku letak tipon dia call semula. Letak lagi call lagi..leh pula dia kata selagi aku tak jwb soalan dia, 'I will keep ringing u'. Last2 aku mengalah, jawab soalan dia dengan jawapan dusta..antara soalan dia, dia tanya nama, lokasi, grad dari mana, batch bila, suami aku katne..hei tu kan personal matter, mana boleh dikongsi dgn sesiapa yg kita tak kenal. Bahaya! Kepada pembaca blog, jgn sesekali dedahkan maklumat peribadi kepada orang yg kita tak kenal. Nanti kalau kena culik, rompak, gangguan seksual..siapa yang susah? Lu pikirlah sendiri..

Berbalik pada cerita mamat somalia tadi, dia kata dia dari UK. Tapi bila dengar sebutan huruf r dia aku pasti bunyi orang somalia atau negro yang sewaktu dgnnya. Aku kan dulu pernah sekelas dgn negro2 macam tu..Last2 aku kata "i don't want to be friends with you. I'm happy with my husband and son. If my husband get to know this, i'll be dead meat. Don't bother me anymore. Leave me alone. Don't ring me, no email, no letter. Is that clear?"Barulah dia minta maaf. Fuh, lega! Pastu aku takleh tido dah. Mood tido dah terganggu. Hampeh..

Monday, June 15, 2009

Logo sekolah


Atas permintaan ramai, logo SMK Panchor yang dijanjikan telah pun saya upload dalam blog ni. Ni ada link http://images.google.com.my/images?q=restaurant+layout&btnG=Search+Images&hl=en&um=1&sa=2 untuk pelan lantai perniagaan kamu semua. pilih mana2 pelan yang sesuai, pastu klik see full size image. Pastu cuba save dalam pendrive dgn cara klik kanan, save picture as. siapa tak faham boleh tanya Amirul 4H ya! selamat mencuba..

Saturday, June 13, 2009

Seronok,kan...?

Agaknya kalau kita rasa bosan kerja, apa yang boleh kita buat? Menganggur? Tapi dalam pada menganggur tu, nak gaji juga..jadi apa perkara yang kita boleh buat untuk dapat gaji tanpa perlu bekerja? hm...apa kata kalau dapatkan biasiswa dan sambung belajar? Sebenarnya hari ini aku baru tengok facebook kawan2. Jeles pula dengan kawan2 yang dapat scholarship dan sambung belajar. Diorang tu kerja pegawai penyelidik, pegawai sains..sesuailah kalau ada master dan PhD. Tapi kalau setakat pegawai perkhidmatan pelajaran, jika ada PhD pun takde makna.. Maksudnya kalau kerja cikgu, ada PhD pun sama je gaji macam ada degree. Suatu hari nanti bila aku dah boring giler jadi cikgu, aku akan sambung belajar.Mesti seronok, kan?

Wednesday, June 10, 2009

Tak salah kalau..

Wang AS$1 juta hilang
Hari ni ada berita kecil di Utusan yang agak menarik. Seorang wanita Israel nak menggembirakan hati mak dia dengan membelikan tilam baru. Jadi tilam lama pun dibuang. Bila dah buang tilam tu baru dia dapat tahu yang selama ni mak dia simpan semua wang dalam tilam tu sepanjang hidup dia. Sekarang ni usaha mencari masih dilakukan tapi belum berhasil sebab tilam tu dah dibuang ke tempat pembuangan sampah. Pulak tu setiap hari ada 2.5k tan sampah dibuang ke tempat pembuangan tersebut...
Teringat pulak zaman kecil2 dulu aku suka simpan duit kat lipatan baju, bawah tilam, bawah katil...hehe...tak salah kalau kita nak menyimpan tapi biarlah di tempat yang selamat. Simpan di dalam rumah tak selamat..

Tuesday, June 2, 2009

jom balik kampung




cuti sekolah ni marilah kita jenguk sedara mara kat kampung... kenapa kita suka balik kampung?sebab sana aman.. on the way balik tu leh nampak banyak pokok padi. walaupun aku nak balik rumah mak mentua, tp aku rasa seronok macam nak balik rumah mak sendiri.. lagipun, kalau kita sayangkan suami kita, cubalah sayang orang yang dia sayang juga..