Thursday, August 13, 2009

Seram-seram suram

Hujan renyai-renyai turun lewat dinihari. sampai je di rumah, aku terus capai berus gigi, ubat gigi, pinggan dan cawan plastik. Sepantas kilat aku masukkan dalam beg balik kampung. "Alamak, tinggal 2 jam je lagi". Bisik hati kecilku. Sempat ke nak berkemas, masak dan mandi? Nasib baiklah aku dah sediakan senarai barang2 yang nak dibawa. Senang sikit nak uruskan.. Harap-harap takde barang yang tertinggal.
Akhirnya jam 2 ptg aku selesai masak nasi putih, sardin dan cempedak goreng. Barang-barang pun semuanya dah sedia dalam beg. Cuma aku je yang belum mandi dan sembahyang. Hehe.. Berlari-lari anak pula ke bilik air. Sebelum sembahyang suami aku yang baru balik dari sembahyang Jumaat menjenguk aku di bilik sembahyang. "Jangan kalut2 sembahyang. Bas belum jalan punyalah..janji je pukul 2.30. Diorang takkan tinggal cikgu.." kata suamiku mententeramkan keadaan. "Mana sempat, nak singgah kedai kereta, jammed orang balik sembahyang lagi.." jawabku risau.
Kemudian jam 2.20 barulah aku meninggalkan rumah. Sepanjang perjalanan suamiku tak henti2 mengingatkan bahaya H1N1. Almaklum pelajar dia positif H1N1 selepas balik dari perkhemahan di Melaka. Dia hairan macam mana PPD boleh luluskan perkhemahan sewaktu wabak H1N1 semakin mengganas..lebih baik duduk di rumah daripada berkhemah dan menempah H1N1. Aku tak banyak bercakap. Kita dah salah, siapa suruh setuju bila diminta join camping? takkan last minute baru nak tarik diri? Orang lain pandai pula pilih aku sebab boleh pinjam periuk, pinjam kain buruk, suh aku masak..ada udang di sebalik batu rupanya diorang ni.. Tapi aku fikir positif. Niat kerana Allah, apa kerja pun boleh jadi ibadah, dapat pahala..
Sampai di tapak perkhemahan, aku terus masuk chalet. Wah, selesanya..camping macam ni yang seronok. Tak perlu berpanas duduk dalam khemah, tak perlu sakit badan tidur beralas tanah. cikgu duduk chalet, budak2 duduk dalam khemah. Hahaha..
Aktiviti paling seronok sepanjang perkhemahan ialah Burung Hantu. Budak2 ni ditinggalkan sorang2 dalam kebun getah. Ada yang diganggu dengan lembaga putih, rambut melepasi lutut. Seram..

No comments:

Post a Comment